Wednesday, March 21, 2012

Keselamatan dan kebersihan telur

Telur mudah mengalami kerosakan atau busuk, maka ia perlu disimpan dan dimasak dengan sempurna. Telur mudah dicemari oleh bakteria, terutama bakteria Salmonella yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Faktor-faktor yang mengalakkan pencemaran telur ialah suhu dan tempoh penyimpanan yang tidak sesuai, dan cara masak yang tidak sempurna. Perhatian khusus penting semasa menyedia hidangan telur untuk kumpulan berisiko tinggi untuk mendapat keracunan makanan seperti kanak-kanak, orang tua, wanita hamil (kesan kepada bayi) dan pesakit yang sistem imunnya lemah.

Panduan Ringkas :
  1. Elakkan memakan telur mentah atau makanan yang mengandungi telur mentah. Telur mentah mengandungi tinggi kandungan bakteria salmonella
  2. Masak telur dengan sempurna sehingga putih dan kuning telur sempurna masak (tidak berair).
  3. Kurangkan memakan makanan yang mengandungi telur, terutama dikalangan kumpulan berisiko tinggi.
  4. Panduan penjagaan :
  • Pilih telur yang tidak retak
  • Simpan telur di dalam bekasnya yang asal dan masukkan ke dalam peti sejuk sebaik dibeli pada suhu kurang dari 4°F.
  • Jangan basuh telur semasa disimpan, basuh apabila hendak dimasak sahaja.
  • Guna telur yang disimpan di dalam peti sejuk dalam tempoh 5 minggu sahaja.
  • Guna telur yang betul-betul dimasak (rebus) yang disimpan di dalam peti sejuk dalam tempoh 1 minggu selepas dimasak.
  • Guna telur mentah yang telah dipecahkan yang disimpan di dalam peti sejuk dalam tempoh 4 hari sahaja.
  • Elakkan memakan/mengguna telur mentah atau telur masak dan makanan yang mengandungi telur yang disimpan pada suhu bilik lebih dari 2 jam.
  • Basuh tangan dan peralatan yang digunakan semasa memasak telur dengan air panas dan sabun sebelum dan selepas memasak.

No comments:

Post a Comment