Sunday, December 16, 2012

Cara selesaikan masalah touchscreen Xperia Tipo Dual

Caranya mudah,

  1. Download dulu software di sini Sony Xperia touchscreen problem.
  2. Lepas tu, extract file dalam pc. 
  3. Dalam folder tool, send file TouchFWToolsAP....... .apk masuk dalam phone dengan cara bluetooth atau pun usb connection.
  4. Lepas tu, install dan run application tadi. 
  5. Dah siap!! Touchscreen problem dah selesai. 
Kalau tak tahu touchscreen problem tu macam mana rupa dia, boleh tengok video di bawah ni.


Sony Xperia Tipo Dual short review

Ok, sony xperia tipo adalah handset saya yg ke berapa saya tak ingat. Tapi, saya just nak bagi review sikit tentang hansdet ni. First of all, ia adalah Android, ya itu anda mesti kene tahu. Kedua, boleh letak 2 sim card!! yeay, itu paling saya suka. Then, application dia mmg serupa handset bagus2 mcm Samsung Galaxy II contoh nya. Cuma beza pada saiz dan performance. Agak slow dan berat sikit. Tapi comel dan dapat jugak nak merasa guna handset android ni kan. Saiz agak kecil dan gemok sikit, hihi. Anda boleh tengok gambar di bawah ni.




Selepas guna dalam 3 minggu tak sampai 1 bulan, handset ni buat pasal.. Touchscreen problem, tekan itu tak kena.. Tekan ini tak kena.. Paling stress bila nak mesej dengan kawan2. Tapi takpe, saya ada jalan penyelesaian nye.. Cuma download satu software, dan handset akan jadi seperti sedia kala. Nanti saya akan letak pada entry yang akan datang sekali dengan link okay.

Wednesday, March 21, 2012

Keselamatan dan kebersihan telur

Telur mudah mengalami kerosakan atau busuk, maka ia perlu disimpan dan dimasak dengan sempurna. Telur mudah dicemari oleh bakteria, terutama bakteria Salmonella yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Faktor-faktor yang mengalakkan pencemaran telur ialah suhu dan tempoh penyimpanan yang tidak sesuai, dan cara masak yang tidak sempurna. Perhatian khusus penting semasa menyedia hidangan telur untuk kumpulan berisiko tinggi untuk mendapat keracunan makanan seperti kanak-kanak, orang tua, wanita hamil (kesan kepada bayi) dan pesakit yang sistem imunnya lemah.

Panduan Ringkas :
  1. Elakkan memakan telur mentah atau makanan yang mengandungi telur mentah. Telur mentah mengandungi tinggi kandungan bakteria salmonella
  2. Masak telur dengan sempurna sehingga putih dan kuning telur sempurna masak (tidak berair).
  3. Kurangkan memakan makanan yang mengandungi telur, terutama dikalangan kumpulan berisiko tinggi.
  4. Panduan penjagaan :
  • Pilih telur yang tidak retak
  • Simpan telur di dalam bekasnya yang asal dan masukkan ke dalam peti sejuk sebaik dibeli pada suhu kurang dari 4°F.
  • Jangan basuh telur semasa disimpan, basuh apabila hendak dimasak sahaja.
  • Guna telur yang disimpan di dalam peti sejuk dalam tempoh 5 minggu sahaja.
  • Guna telur yang betul-betul dimasak (rebus) yang disimpan di dalam peti sejuk dalam tempoh 1 minggu selepas dimasak.
  • Guna telur mentah yang telah dipecahkan yang disimpan di dalam peti sejuk dalam tempoh 4 hari sahaja.
  • Elakkan memakan/mengguna telur mentah atau telur masak dan makanan yang mengandungi telur yang disimpan pada suhu bilik lebih dari 2 jam.
  • Basuh tangan dan peralatan yang digunakan semasa memasak telur dengan air panas dan sabun sebelum dan selepas memasak.

Wednesday, January 11, 2012

Kene tipu ngn tukang repair laptop

Aku bengang siot... laptop aku wat hal, nk manje2 ngn aku.. aku g anta kat kedai komputer (dirahsiakan). lepastu, cakap itu rosak, ini rosak.. siap suruh aku beli wireless USB.. ape kejadah nye wireless pon rosak? yang rosak cuma hard disk je!! aku pon beli la.. lepastu, laptop aku jam. mmg membara hati aku.. repair apenye kalo dok rosak lagi. pastu, aku sakit hati g repair kt student tmpat ak study. then, oke je.. xde mlsh besar pon. aku ase, org tu sengaja rosakkan laptop aku..