Saturday, November 1, 2014

Tips FYP (degree)

Final Year Project (FYP), tak asing lagi bagi student mana2 universiti sekalipun.. Kali ni aku akan bagi sikit tips untuk korang jalankan FYP ni. Dari awal sampai la korang nak buat experiment. Tapi setahu aku ade 2 jenis starting. Ada yang kena pilih lecturer dan lecturer akan bagi tajuk, ada jugak yg kena pilih tajuk sendiri sebab lecturer suruh cari sendiri. Untuk tips ni aku tekankan kes macam aku ni, lecturer yang bagi tajuk.

1. Supervisor (sv)

Sebelum excited nak buat FYP, korang kena cari sv dulu. Kalau korang malas, mmg kena kebas la lecturer dengan budak2 lain. Sebab korang kena survey semua tajuk daripada semua lecturer. Itu pun kalau mampu nak jumpa semua. Sv ni lecturer la, lebih baik pilih sv yg cool sebab korang tahan ke asyik kena bebel je. Kita buat kerja dicakapnya tak buat kerja. Nanti stress sebab dah la susah, tajuk tak faham, cari bahan tak jumpa, kena marah pulak dengan sv. Then, cari yg sanggup tolong, tak kedekut bagi maklumat dan paling penting sv ni jenis bagi tau details gila. Takde la korang asyik runsing sebab pening kepala tak berapa faham tajuk yang diberi tu. Lain la korang jenis suka cabaran dan nak buat semua sendiri kan. Up to you la. At last tertonggeng sebab stress tak jumpa bahan nak buat proposal macam aku. Haha.. Apa2 pun usaha sendiri cari bahan. Tapi at least sv korang tak marah2 dan sentiasa cool.

2. Tajuk

Lepas dah jumpa sv, diorang akan bagi tajuk. Terang sikit2 apa projek yang nak kena buat. So masa ni la korang tanya banyak2 bagi faham projek tu. Kalau rasa susah nak buat, susah dapat result, susah cari bahan, complicated, tak minat dsb, korang move on pada lecturer lain. Sampai korang jumpa tajuk yang betul2 korang boleh buat dengan jayanya. Kalau lecturer cakap, ni benda baru. Before ni tak pernah buat lagi. Yang ni agak bahaya sikit. Ada banyak possibility korang akan stress sampai nak give up. Sebab, bila benda baru dan tak pernah buat mungkin barang tak berapa ada. Lecturer pun takde details nak buat projek tu sebab baru lagi. So korang la kena cari segala maklumat daripada jurnal2. Semua kena sendiri lah. Then, of course try and error. Banyak la kerja yang korang akan buat asyik ke lab je memanjang. Sebab result susah dapat. Sebab aku lah tu, pi amek tajuk yang tak pernah buat lagi. Memang stress beb. Kehulu kehilir pergi lab. Kejap tu, kejap ni. Semua try and error. Maksud benda baru tu, contoh lecturer tu selalu buat projek optic, sekali tu, dia nak buat luar bidang daripada optic. Sebab tu la jadi susah sikit.

3. Tempat

Sesetengah orang buat dalam lab je. Ok lah tu. Ada jugak yang kena keluar cari daun teh, biji kopi atau kena pergi lab luar dari kampus. So ikut korang la prefer yang macam mana. Aku suka buat dalam lab je sebab malas nak keluar kena berurusan dengan orang luar lagi nak mintak itu ini. Tapi ok je, takde masalah sangat. Kalau lab luar kampus pun ok takde masalah melainkan korang takde transport.

4. Proposal 

FYP ade 2 sem. Mula2 buat proposal dulu untuk 1 sem. Sem kedua baru buat experiment dan buat thesis. So pasal proposal ni, korang kena faham je apa yang korang nak buat sebenarnya. Cari yang berkaitan dalam jurnal2.   Nak terang lebih bergantung pada tajuk. Kalau macam aku ni, masalah yang timbul pun bila sv cakap lain aku baca lain. Jadi apa nak tulis ni? Kalau kita tulis ikut jurnal kita baca, tak sama pulak dengan apa yang dia faham. So ni la masalah aku. Stress.

5. Experiment

Nanti aku sambung, hehe.

No comments:

Post a Comment